Politik

SPR tak bekalkan daftar pemilih tambahan kepada parti pembangkang?

PENGARAH Pilihanraya Pusat Parti KEADILAN Rakyat , Fuziah Salleh menuntut penjelasan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa masih belum membekalkan senarai Daftar Pemilih Tambahan (DPT) sehingga bulan Disember tahun 2021 (DPT BLN12/2021) kepada pihak yang ingin membeli.

Beliau berkata, SPR telah pun memperaku DPT BLN12/2021  pada 14 Januari 2022 lalu dan pada 7 Februari lalu, SPR telah mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 untuk seluruh negara dan memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Induk ini sudah sedia untuk dibekalkan kepada parti-parti politik.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Fuziah berkata, apakah alasan sebenar kegagalan tersebut?

“Adakah ia disebabkan data berikut ada terdapat kesalahan atau ia disebabkan SPR tidak mahu membekalkan senarai tersebut kepada pihak pembangkang? Atau apa sebenarnya?,” soal beliau.

Katanya lagi,  sudah berkali-kali pihak unit data Pakatan Harapan (PH) tidak dibenarkan membeli DPT BLN12/2021 dengan pelbagai alasan.

“Saya terima aduan pelbagai dari unit data parti-parti PH berkenaan data yang pelik-pelik sebagai nama pengundi. Seperti ‘Deceased’ dan ‘Expired’ sebagai nama pemilih.

“Maka saya sendiri membuat semakan pemilih di laman web SPR menggunakan sampel nombor kad pengenalan dari DPT tersebut. Ternyata aduan tersebut adalah benar,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata, sebelum ini SPR menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan setiap suku tahun yang di pamerkan kepada awam serta dibekalkan secara percuma untuk disemak oleh parti-parti politik dan individu yang membuat bantahan sebelum SPR mewartakan daftar pemilih tambahan tersebut.

Katanya, akan tetapi amalan tersebut kini tidak lagi di teruskan. Dan Daftar Pemilih Tambahan terpaksa dibeli oleh parti politik dengan kos yang mahal.

Tambah beliau, parti politik tidak lagi dibenarkan menyemak kesahihahan daftar tambahan dalam bentuk rang yang di pamerkan.

“Ia kini dipaksa untuk kami terima dan dipaksa pula untuk kami beli dengan harga yang mahal untuk tujuan menyemak.

“Nah! Ternyata apabila ia tidak dipamerkan kali ini, terdapat pula nama-nama yang pelik dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2021.

“Saya gesa SPR membuat kenyataan secara terbuka berkenaan integriti data yang telah pun di wartakan tersebut,” ujar beliau.

Fuziah seterusnya mempersoalkan, bagaimanakah SPR boleh mewartakan sesuatu data melibatkan lebih 5.8 juta pengundi tetapi dikhuatiri kesahihannya.

“Adakah Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac 2022 ini akan dikompromi keputusannya kerana terdapat ‘irregularities’ pada daftar pemilih yang telah di wartakan?” soal beliau. – SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button