JenayahNasional

Bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM di Sandakan

SEORANG bekas penjawat awam dan seorang kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin (18 April) berhubung kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan kontrak RM63,000, kata sumber.

Menurut sumber, kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2019 membabitkan kontrak agensi kerajaan persekutuan di Sandakan.

Bekas penjawat awam berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan jawatannya untuk melantik kontraktor berusia 41 tahun itu sebagai pembekal produk haiwan ternakan dan berasaskan lebah serta program lain.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada 21 April. – SM

Baca artikel ini > Dakwaan Projek Pembalakan & Pajakan Tanah, Pemimpin Kanan UMNO Disiasat SPRM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button