Sukan

KBS ucap terima kasih kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dr. Wirdati Mohd. Radzi berakhir hari ini.

Menurut KBS, pengakhiran tempoh perkhidmatan Wirdati adalah selaras dengan pemendekan kontrak perkhidmatan beliau.

Justeru, KBS menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas jasa sepanjang menjadi Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

“Di kesempatan ini, KBS ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga kepada beliau atas perkhidmatan dan jasa beliau sepanjang menerajui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.”

Demikian kata KBS menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut KBS, pertukaran dalam kepimpinan agensi kerajaan adalah perkara biasa dalam perkhidmatan kerajaan yang sentiasa dinamik.

Tambah kenyataan itu lagi, Wirdati banyak membantu KBS dalam memperkemas pengurusan persatuan dan badan sukan berdasarkan pengalaman dan kepakarannya. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button