Nasional

SPR bermesyuarat 20 Oktober untuk tentukan tarikh PRU15

TARIKH mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU150 akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting itu pada 20 Oktober ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat khas itu juga akan membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

“Mesyuarat khas itu akan diadakan pada 20 Oktober ini bersamaan hari Khamis pada jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button