Nasionalpilihan

Pemandu Grab nekad kejar dan tangkap suspek cuba curi keretanya

SEORANG pemandu Grab nyaris kehilangan keretanya ketika keluar membeli barangan dapur di Ampang, kelmarin.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.22 petang ketika mangsa bersama abangnya meletakkan kereta jenis Perodua Myvi di tepi jalan berdekatan Masjid Kampung Melayu Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek ketika itu telah keluar dari kenderaan tersebut bersama dengan abangnya.

“Tidak lama kemudian, abang mangsa telah ternampak suspak berada di dalam kereta dan cuba memandu keluar daripada kawasan parkir tersebut.

“Mangsa bersama abangnya telah nekad untuk berlari dan menahan suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Barang yang ditemukan di dalam beg milik suspek. – Gambar ihsan IPD Ampang Jaya

Menurut Mohamad Farouk, hasil pemeriksaan pihaknya terhadap suspek telah menemukan sebilah parang sepanjang 16 inci yang yang berada di dalam beg.

Jelasnya, suspek yang berusia 40 tahun itu tidak mempunyai kerja dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman sehingga 28 Jun depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1928 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya. -SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button