ParlimenPolitik

Belanjawan 2021: Syarat sokong seperti ‘meminang Puteri Gunung Ledang’

SYARAT-SYARAT yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin parti dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen disifatkan seperti permintaan ‘Puteri Gunung Ledang’.

Perumpamaan diberikan demikian kerana, syarat tersebut seperti memberi isyarat kepada kerajaan bahawa Belanjawan 2021 adalah ditolak.

Hal itu dinyatakan demikian apabila pihak pembangkang dan UMNO mengemukakan syarat supaya memberikan kebenaran kepada pencarum untuk mengeluarkan RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) dan moratoum automatik.

Namun syarat tersebut disifatkan sebagai tidak patut kerana membiarkan bank-bank mengalami kerugian akibat penangguhan pembayarna semula pinjaman.

Oleh demikian, pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP dan moratorium automatik tidak dipersetujui, sebaliknya ia perlu diberikan secara bersasar seperti diumum dalam Belanjawan 2021.

“Mungkin saya sedikit berbeza dengan Ahli Parlimen yang lain lebih senior, tetapi meletakkan syarat sokongan untuk belanjawan ini supaya kerajaan mengumumkan polisi segera dalam KWSP dan moratorium saya kira adalah merupakan satu syarat yang agak janggal.

“Kerana, syarat ini tidak ada kaitan dengan belanjawan pun. Tetapi saya minta kerajaan membuat pertimbangan.

“Kerana saya bimbang, takut syarat ini nanti menjadi seperti syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka ketika meminangnya.

“Diminta membuat jambatan dari istana ke Gunung Ledang, tujuh mangkuk darah nyamuk dan sekian-sekian, tetapi syarat itu bukan untuk tujuan pinangan itu diterima.

“Sebaliknya hanya isyarat pinangan itu ditolak.

Sokong tanpa syarat

“Jadi pada saya, kita menyokong tanpa syarat, tetapi dalam masa sama kita berikan satu cadangan kepada kerajaan supaya kerajaan mengumumkan polisi dengan seberapa segera.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa hari ini.

Beliau berkata demikian, menolak cadangan pemberian moratorium automatik dan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Menurutnya, kemudahan itu sewajarnya diberi kepada golongan bersasar dan menyifatkannya tidak adil jika diberik kepada semua orang.

Malah, rakyat juga diingatkan supaya mempunyai simpanan ketika hari sukar pada masa hadapan dengan tidak menghabiskan simpanan pada hari ini.

Kisah Nabi Yusof as

“Isu KWSP dan moratorium, suka saya tarik perhatian dalam kisah Nabi Yusof as. yang berhadapan dengan situasi kemarau.

“Ketika berlakunya tujuh tahun kemarau, kaedah Nabi Yusof sebagai Menteri Kewangan Mesir pada ketika itu ialah meminta supaya makan apa jua yang telah diperuntukkan sebelumnya.

“Kecuali sedikit hendaklah disimpan untuk simpanan pada masa hadapan.

“Ya kita menghadapi suasana krisis begitu teruk sekali, tetapi ini bukan masa untuk kita menghabiskan semua yang kita ada.

“Kerajaan perlu pertimbangkan bantuan kepada bank bagi mengimbangi perniagaan melalui geran-geran pembiayaan yang lebih banyak dan besar.

Bank akan alami kerugian

“Institusi bank di Malaysia sedikit berbeza strukturnya, kita bukan seperti di Amerika Syarikat (AS) dan negara kapitalisme pula menswastakan bank kepada individu kaya.

“Oleh itu, saya menyokong penuh bantuan pembayaran bersasar yang dilaksanakan melalui 1 Oktober

“Sungguhpun ramai berharap moratorium automatik dilaksanakan semula, kita harus mengambil kira apa berlaku dalam industri kewangan itu kerugian modifikasi bersih yang diumumkan perkadaran dari RM1 juta sehingga RM498 juta untuk lapan buah bank.

“Sekiranya diberikan moratorium secara automatik, kita tidak akan melihat keberkesanan bantuan kepada golongan sasar yang sepatutnya.

“Lalu menyebabkan ketirisan bantuan dan pembaziran sumber yang ada.

“Saya menyokong supaya bantuan moratorium adalah secara bersasar tetapi mudahkan dari sudut penentusahkan terhadap golongan yang memerlukan,” jelasnya.

Pemimpin parti pembangang dan UMNO-Barisan Nasional (BN) bersetuju kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP dan pemberian moratorium secara automatik sebagai syarat meluluskan Belanjawan 2021. – SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button