Sukan

Spekulasi Zii Jia bakal keluar BAM tidak benar

BARU-BARU ini timbul dakwaan yang mengatakan pemain berseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, 23, bersedia meninggalkan persatuan Badminton Negara (BAM) dan bergerak secara professional.

Desas- desus tersebut timbul apabila terdapat spekulasi ada pihak sedia memberi tajaan sebanyak RM4 juta bagi membiayai karier profesionalnya.

Bagaimanapun, BAM telah tampil menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan dilihat tidak masuk akal.

Badan induk sukan badminton kebangsaan itu tampil menafikan perkara tersebut selepas merujuk perkara itu kepada Zii Jia sendiri yang tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menjelaskan bahawa pemain yang berada pada ranking ketujuh dunia itu kini sedang dalam persediaan terbaik untuk memburu tempat ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya sudah bercakap dengan Zii Jia berhubung perkara ini. Apa yang pasti, Zii Jia langsung tidak tahu menahu mengenai khabar angin yang mendakwa dia mahu keluar daripada BAM.

“Semangat serta visinya masih sama sebagai seorang pemain No.1 negara. Fokus Zii Jia tidak terganggu dan dia sentiasa meletakkan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai keutamaan,” katanya menerusi satu kenya¬taan semalam.

Sebelum ini, kekuatan mental dan fizikal Zii Jia persoalkan oleh orang ramai apabila dia menarik diri daripada beberapa kejohanan kerana mengalami kecederaan.

Prestasi Zii Jia dilihat mula mengalami kemerosotan selepas memenangi kejohanan Seluruh England (All England) di Birmingham Mac lalu, kerana terpaksa berehat lama apabila kes Covid-19 naik mendadak. -SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button