Politik
Trending

Keterlaluan naik gaji ADUN Kelantan ketika rakyat alami tekanan ekonomi

KENAIKAN gaji yang bakal diterima barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan adalah tidak patut.

Terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan kedudukan ekonomi Kelantan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Ini termasuklah perkhidmatan daripada kerajaan negeri dan kemudahan yang disediakan untuk penduduk di negeri itu menyebabkan kenaikan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 tidak wajar.

Oleh demikian, alasan untuk merapatkan perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain adalah langsung tidak berpadanan.

Hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri itu pada 2019 jika dibandingkan dengan negeri lain adalah antara terendah bernilai RM25.4 bilion berbanding Terengganu (RM36 bilion), Kedah (RM46.9 bilion) dan Perak (RM72 bilion).

“Cukai tanah, pintu dan berbagai-baga cukai urusan tanah naik beratus peratus.

“Bekalan air sentiasa putus dan kotor manakala pekerjaan untuk rakyat habuk pun tak ada. Rakyat terus berhijrah keluar Kelantan.

“Sebelum ini Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco dapat Mercedes, sekarang hendak naik gaji pula.”

Demikian kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan hari ini menempelak makluman Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sebelum ini, Mohd. Amar memaklumkan gaji ADUN Kelantan bakal dinaikan bagi menyelaraskannya dengan wakil rakyat negeri lain.

Walau bagaimanapun, Ibrahim berkata tindakan tersebut adalah tidak patut dan bertentangan dengan defisit Belanjawan Kelantan yang lebih RM66 juta.

Selain itu, seluruh negara sekarang berhadapan dengan tekanan ekonomi akibat penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19).

Justeru, adalah tidak patut ketika rakyat paling terkesan dengan impak tekanan ekonomi itu, walhal wakil rakyat pula dinaikkan gaji.

“Defisit Belanjawan Kelantan lebih RM66 juta tetapi gaji wakil rakyat naik. Ini bermakna Menteri Besar, Timbalan dan Exco pun naik sama.

“Negeri lain pendapatan kerajaan tidak seteruk Kelantan.

“Mana semangat pengorbanan pemimpin yang jaja Islam selama ini… 30 tahun rakyat Kelantan ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’.

“Rakyat wajar bangkit dan tentang. Semoga Rakyat Kelantan bangkit dan jangan tertipu lagi,” tegasnya. – SM

(Visited 821 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button