Rencah Hidup

Ibu terkilan baby penuh dengan kesan gigit, cakar dan cubit dari taska

Seorang Ibu yang dikenali EL Ameerah berkongsi di media sosial, baru tiga hari menghantar anaknya ke taska sudah mengalami beberapa kesan luka pada tubuh bayinya yang berusia 1 tahun bulan.

Menerusi perkongsian Ameerah di laman Facebooknya, kejadian tersebut berlaku pada awal Januari 2023
Maryam pada awalnya merupakan seorang kanak-kanak yang sangat ceria sehingga rapat bersama cikgu di taska serta mudah dijaga pada setiap pagi.

Kanak-kanak di taska dibiarkan

Namun segalanya berubah apabila Maryam mula menanagis dengan kuat sekali Ketika dijemput pulang dari taska.

Secara tidak langsung detik perasaan yang tidak sedap pada si Ibu terhadap anaknya itu.

Menceritakan detik-detik kejadian, pada hari ketiga pula cikgu menghantar gambar kepada Si Ibu menerusi WhatsApp Maryam mempunyai kesan luka serta lebam didakwa digigit oleh kanak-kanak yang turut berada di taska itu.

Disebabkan itu, Ameerah dan suaminya terus bergegas ke taska untuk melihat anaknya.
Namun apa lebih mengejutkan terdapat kesan gigitan dan luka di anggota badan, di telinga, pipi dan belakang tapak tangan.

Segala Rahsia terbongkar apabila Ameerah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di taska tersebut dan mendapati terdapat ramai kanak-kanak yang berusia 1-2 tahun diasingkan dalam sebuah bilik kosong tanpa pengawasan orang dewasa.

Bahkan keadaan bilik juga yang sangat sejuk tanpa sebarang alat mainan atau toto sebagai alas untuk baring.
Malah melalui rakaman tersebut dapat dilihat Maryam juga beberapa kali kena serang oleh kanak-kanak lain.
Tidak hanya duduk diam Ameerah telah membuat laporan polis berhubung kecuaian pihak taska.

Artikle Berkaitan :>

Bapa tiri ditahan polis dera budak perempuan enam tahun

Talian Kasih 15999 untuk mangsa penderaan Wanita dan Kanak-Kanak

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button