Politik

Speaker DAP tegur ADUN BN, Pas berbaju Melayu di DUN Selangor

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim menegur 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang memakai baju Melayu dalam sidang DUN hari ini.

Suee Lim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) Sekinchan menggesa ADUN memakai pakaian mengikut peraturan DUN.

Tiga ADUN yang memakai baju Melayu dalam sidang hari ini adalah Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) dan Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang). Selain memakai baju Melayu ketiga-tiga mereka turut memakai songkok.

“Tolong patuhi peraturan mesyuarat. Saya hanya memberi nasihat kepada beberapa orang daripada anda hari ini.

“Kelonggaran diberikan kepada ADUN untuk memakai baju Melayu apabila sidang diadakan pada Jumaat,” kata Suee Kim yang berkata, ADUN lelaki patut memakai sut ke DUN.


Suee Lim berkata, beliau diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung kod pakaian lelaki di bawah Peraturan Mesyuarat 87(7).

Menurutnya, beliau sudah mengeluarkan surat jemputan berhubung sidang DUN, di mana kod pakaian untuk wakil rakyat lelaki serta wanita dinyatakan dengan jelas.

Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal DUN Ke-14 pada 26 Jun 2018.

Pada Mac tahun lalu, Suee Lim turut menimbulkan kontroversi apabila mengkritik pemilihan pakaian ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam sidang DUN apabila wakil rakyat tersebut memakai pakaian berwarna cerah.

Menurut Suee Lim, beliau memutuskan untuk setiap wakil rakyat memakai kot berwarna gelap semasa sidang DUN.

Suee Lim turut memberitahu bahawa beliau akan memasukkan terma ‘kot berwarna gelap’ pada masa akan datang bagi pemakaian dalam sidang DUN.-SM

 

 

 

 

(Visited 186 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button