Nasional

Raja Muda Perlis nasihat masyarakat tidak terpedaya dengan sindiket penipuan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dan tidak terlalu mudah diperdaya menjadi mangsa sindiket penipuan.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan saguhati kepada 38 orang bekas-bekas amil zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sumbangan tersebut disampaikan secara simbolik melalui bekas amil Kariah Masjid Al Barakah Kg. Jelempok, Razali Ismail, yang telah berkhidmat selama tujuh tahun sebelum ini, di rumah beliau tidak jauh daripada masjid berkenaan.

Hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Merujuk kepada rekod pihak berkuasa, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan rakyat bahawa antara sindiket penipuan yang aktif adalah seperti penipuan pelaburan tidak wujud, penipuan penyamaran melalui panggilan telefon, penipuan belian atas talian, penipuan tawaran kerja tidak wujud dan penipuan pinjaman tidak wujud.

Penipuan pelaburan tidak wujud dan penyamaran melalui panggilan telefon seringkali dilakukan oleh sindiket di mana kebanyakan dari mereka cenderung menggunakan nama-nama individu yang berpengaruh dalam masyarakat atau menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa.

Sementara itu, menyentuh mengenai perkara yang sama, Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew memaklumkan bahawa risiko terlibat dengan penipuan semakin tinggi apabila urusan harian seperti pembelian barangan dan perkhidmatan secara atas talian kian meningkat khasnya dalam tempoh pandemik Covid-19 yang menghadkan pergerakan dalam masyarakat. Justeru, semua diminta untuk lebih berhati-hati dan peka terhadap sindiket seumpama ini.

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button