Ekonomi

Southern Score Builders manfaatkan khidmat urus projek untuk pertumbuhan

SOUTHERN SCORE BUILDERS

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2022 – Southern Score Builders Bhd (Southern Score Builders), meracang memanfaatkan perkhidmatan pengurusan projek hujung ke hujung bagi meningkat dan mengukuhkan pertumbuhan syarikat.

Southern Score Builders yang bakal disenaraikan Pasaran ACE pada 9 November berikutan kejayaan pengambilalihan terbalik (RTO) G Neptune Bhd, yang berada di bawah status GN3 sejak Disember 2017, selepas pemegang saham G Neptune mengundi untuk meluluskan RTO pada EGM pada 13 September lalu.

Bagi mengukuhkan perjanjian itu, Super Advantage Sdn Bhd, vendor Southern Score Sdn Bhd (SSSB), menyediakan jaminan keuntungan bersih terkumpul sebanyak RM80.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 hingga tahun kewangan 2024. Melalui RTO, SSSB kini merupakan anak syarikat operasi milik penuh Southern Score Builders.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Score, Gan Yee Hin berkata, syarikat akan memanfaatkan perkhidmatan pengurusan projek hujung ke hujungnya, yang merangkumi perancangan projek dan pembangunan reka bentuk sehingga siap projek, untuk menarik lebih banyak perniagaan.

“Kami mempunyai rangkaian dan kepakaran industri untuk menguruskan segala-galanya untuk pemaju hartanah sambil memastikan projek disiapkan tepat pada masanya.”

“Pemulihan ekonomi Malaysia berjalan lancar berdasarkan peningkatan eksport, data pekerjaan dan upah yang stabil serta langkah dan dasar kerajaan yang terus menyokong perniagaan dan pengguna. “Pemulihan ini adalah positif bagi sektor pembinaan, dengan aktiviti di bahagian infrastruktur awam, terutamanya dalam projek pengangkutan seperti MRT3, meningkatkan minat terhadap projek hartanah yang terletak berhampiran stesen,” katanya di sini hari ini.

RTO tersebut secara efektif menjadikan pemegang saham Super Advantage, Tan Sri Gan Yu Chai, dan anaknya Gan Yee Hin, pemegang saham Southern Score Builders dengan 74 peratus kepentingan.

Yu Chai merupakan pengasas SSSB dan veteran tiga dekad industri pembinaan, adalah pengarah urusan Southern Score Builders dan Yee Hin adalah ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif.

Sehingga ini, Southern Score Builders mempunyai buku pesanan sebanyak RM528 juta, dengan dua projek telah diperoleh tahun ini. Projek syarikat yang sedang berjalan ialah Vista Wirajaya 1 di PV9 Residences, Vista Sentul Residences, Vista Harmoni Sentul, Platinum Arena Residences dan Berlian Setapak 2 Residences

Mengulas lanjut Yee Hin berkata, melalui model penyampaian aset ringan dan fleksibel, syarikat akan memastikan proses bangunan yang standard dan kecekapan kos yang penting pada masa harga yang tidak menentu.

Sambil menambah bahawa syarikat itu mengurangkan risiko daripada harga yang tidak menentu dengan memperuntukkan sebahagian daripada hasil RM108.61 juta yang diperoleh daripada penempatan swasta sebagai sebahagian daripada RTO untuk pembelian bahan binaan dan pengambilalihan atau penyewaan aset pembinaan.

“Kami juga sedang mengembangkan kapasiti pembuatan kemudahan TSPC melalui peruntukan daripada hasil penempatan swasta ketika kami mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan produk IBS memandangkan penekanan dalam industri pembinaan terhadap amalan dan operasi bangunan lestari serta inisiatif kerajaan menggalakkan penggunaan sedemikian,” ujarnya.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button