Hiburan

Pemergian Ashraf: Para peminat turut bersedih dan doakan BCL serta Noah tabah

PEMERGIAN Ashraf Sinclair, 40, secara mengejut akibat serangan sakit jantung, mengejutkan peminat seni tanah air dan negara jiran Indonesia.

Ashraf yang bernikah dengan Bunga Cinta Lestari atau BCL lebih banyak menetap di Indonesia serta berlakon di dalam drama bersiri di negara berkenaan disifatkan sebagai pasangan yang sangat cocok dan bahagia.

Lagu ciptan BCL iaitu Wanita Terbahagia jelas menggambarkan kebahagian rumah tangga yang didirikan oleh pasangan berkenaan.

Foto-foto mesra pasangan berkenaan sering menjadi sorotan dan kekaguman para peminat pasangan itu.

Kini mereka turut bersedih dengan pemergian Ashraf dan mendoakan supaya BCL dan anaknya Noah tabah mengharungi dugaan itu.

Media di Indonesia melaporkan Bunga menangis tak henti hingga membuat hadirin yang berada di rumahnya di Jakarta menjadi hiba.

Jenazah dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat pada petang selepas waktu zohor di Indonesia tadi.

Sayu apabila melihat seorang lagi pelakon Malaysia pergi meninggalkan kita buat selamanya dan sejak awal tahun ini terlalu banyak berita kematian yang sangat menyedihkan termasuk baru-baru ini pemergian Abam Bocey.

Ashraf Sinclair atau nama sebenar Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

https://twitter.com/i/status/1229679496241958912

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button