Nasional

Sorakan demi UPSI, demi Malaysia, Merdeka bakar semangat patriotisme warga UPSI

Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyaksikan lebih 1,500 kakitangan hadir berhimpun di Stadium UPSI, Kampus Sultan Shah, Proton City semalam.

Prof Datuk Dr Md Amin menyampaikan ucapan sambil melaungkan “Demi UPSI, Demi Malaysia” bersama warga UPSI.

Seawal jam 7.00 pagi, mereka memasuki stadium dengan tema warna pakaian mengikut warna Jalur Gemilang iaitu putih, merah, kuning, serta biru.
Naib Canselor, Prof Datuk Md Amin yang berucap kepada seluruh kakitangan yang hadir melahirkan kebanggaan atas semangat yang ditunjukkan dengan laungan bersama warga UPSI “Demi UPSI, Demi Malaysia”.

Beliau berkata bumi Muallim adalah bumi nasionalisme dan semangat patriotisme dari zaman legasi Sultan Idris Training College (SITC), yang harus dihargai oleh generasi UPSI hari ini.

Md Amin menyampaikan hadiah kepada pasukan Rumah Za’ba yang menjuarai KIESTA 2022.

Katanya, generasi UPSI harus berbangga kerana sejak zaman SITC , Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Institut Perguruan Sultan Idris(IPSI), ramai pengarang kreatif dilahirkan termasuk Sasterawan Negara. Shahnon Ahmad dan Sasterawan Negara Nordin Hassan pernah menjadi tenaga pengajar zaman MPSI.

Sasterawan Negara S. Othman Kelantan pula pernah menjadi Karyawan Tamu UPSI pada 2008.


Alumni MPSI, selain Sasterawan Negara, Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Datuk Rahman Shaari Sasterawan baru-baru ini dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-15 baru-baru ini.
“Justeru, dengan semangat cintakan UPSI dan tanah air, saya berharap semua kakitangan berkorban tenaga demi kecemerlangan UPSI dan negara yang tercinta ,” katanya.

Antara warga UPSI yang menghadiri program Perhimpunan Bulanan UPSI di Stadium UPSI

Perbarisan turut disertai pasukan UPSI yang memenangi tempat kedua pertandingan perbarisan peringkat negeri Perak baru-baru ini serta pasukan UPSI yang akan menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 17 hingga 24 September depan.

Selain itu, seramai 720 kakitangan UPSI membuat formasi berbentuk bendar Jalur Gemilang daripada payung yang menarik perhatian hadirin.

Md Amin bersama pasukan perbarisan UPSI yang muncul naib johan sempena sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak.

Prof Md Amin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Menghias Pejabat Sempena Bulan Kebangsaan 2022. Johan dimenangi Fakulti Sains dan Matematik (FSM); Naib Johan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) pula menganjurkan Pertandingan Semarak Merdeka Tiktok Challenge yang dimenangi Perpustakaan Tuanku Bainun yang disertai Nur Asmizah Mohd Saleh, Firdausiah Ahamad, Zarlina Ascal, Siti Zubaidah Sabran, Hafizah Yahya dan Noriati Nordin; Naib Johan, Muhamad Nur Syahir Mohd. Nordin (Pelajar Fakulti Pengurusan dan Ekonomi manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hamiziah Permizi dari Bahagian Sumber Manusia.

UPSI memenangi naib johan acara perbarisan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-65 Peringkat Negeri Perak.

Pejabat Fakulti Sains dan Matematik menjuarai Peratndingan Menghias Pejabat.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Sukan Staf & Seni UPSI (KIESTA) 2022 yang menyaksikan johan disandang Rumah Za’ba; naib johan, Rumah Kapten Yazid dan ketiga dimenangi Rumah Harun Aminurrashid.

Acara yang berakhir dengan nyanyian beramai-tamai lagu Jalur Gemilang itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin; Pendaftar , Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari, Mohamad Najib Mohamed.

(Visited 324 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button