Nasional

PKPD di Penjara Tapah dan kuarters kakitangan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas Penjara Tapah dan kuarters kakitangannya di Tapah, Perak bermula esok sehingga 1 Mac depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi kes Covid-19 di kawasan itu.

Katanya, hingga kini, Kementerian Kesihatan melaksanakan 187 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes positif Covid-19 direkodkan.

 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Penjara Tapah dan kuarters kakitangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, pelaksanaan PKPD itu bertujuan memudahkan saringan secara bersasar kepada semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat mereka untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

Katanya, SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan.

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button