NegeriRencah Hidup

Hotel Seri Malaysia Kangar rai 30 anak yatim berbuka puasa

Zahriah Abd Kadir menunjukkan menu nasi ulam dan sayur keladi makanan popular di Perlis sepanjang Ramadan terdapat pada Buffet Ramadan HSM.

SABAN tahun, Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar tidak pernah melupakan golongan yang tidak bernasib baik khususnya anak-anak yatim sempena bulan Ramadan.

Sekali lagi pada tahun ini sebanyak 30 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) diraikan oleh hotel ini.

Kesemua mereka diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Hotel Seri Malaysia (HSM) yang bertemakan “Selera Dapoq Tok Yah Pelbagai Makanan Desa”.

Pengurus Besar HSM Kangar, Datuk Zahriah Abd Kadir berkata, pihaknya berkongsi rezeki di bulan Ramadan ini bersama dengan golongan yang tidak bernasib baik.

Beliau berharap dengan meraikan golongan ini berbuka puasa dan pemberian cenderamata dapat menghiburkan hati kanak-kanak berkenaan.

Selain itu katanya, HSM juga turut meraikan ketua jabatan agensi kerajaan, swasta dan pihak yang berkolaborasi selama ini.

Hadir sama Isteri Menteri Besar, yang juga Yang Dipertua PKAYPs, Najwa Othman dan Exco Kerajaan Negeri, Wan Badariah Wan Saad.

Najwa juga turut menyampaikan sumbangan cederamata kepada anak-anak yatim berkenaan.

Zahriah Abd Kadir menjadikan perahu bagi meletakkan kuih muih dan buah-buahan pada Buffet Ramadan HSM.

Pada majlis berkenaan juga diadakan sembahyang Terawih dan juga moreh.

Buffet Ramadan HSM menggenakan harga RM78 untuk dewasa, kanak-kanak (RM40) manakala bagi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) pula RM70 menampilkan lebih 100 jenis menu.

Ia melibatkan makanan tradisi Melayu Perlis antaranya nasi ulam, sayur keladi yang cukup popular di bulan Ramadan. – SM

BACA Hotel Seri Malaysia Kangar rai 25 anak yatim

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button