fbpx
Rencah Hidup

SOP palsu disebarkan, berhentilah!

HENTIKAN sebar dan tular berita palsu. Orang ramai terus diingatkan agar tidak menyebarkan berita-berita yang tidak mendapat kesahihan atau disebarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebagai mana lazim, orang ramai mendapat pelbagai maklumat daripada pihak MKN yang dikirim melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hari ini, tular menerusi aplikasi WhatsApp tentang prosedur operasi standard (SOP) yang kemudiannya, adalah berita palsu.

Jangan mudah terpedaya dan percaya kerana kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Seperti mana yang sering diingatkan oleh Menter Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, orang ramai harus terus jaga SOP, guna pelitup muka atau face mask apabila berada di tempat awam, jaga penjarakan  sosial sekurang-kurangnya satu meter dan jangan lupa cuci tangan dan menggunakan hand sanitizer.


Pesanan terkini daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memerusi Perutusan Khas beliau berkaitan dengan PKPP dan Covid-19, turut menyentuh tentang SOP dan menjalani kehidupan normal baharu.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bimbang dengan angka jangkitan positif Covid-19 yang berganjak daripada satu digit menjadi dua digit.

Bahkan Muhyiddin yang digelar ‘abah’ turut memberi peringatan, bagaimana rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah selama lebih tiga bulan dan bermulanya pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu dalam usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak yang menjadi pendemik di seluruh dunia ini.

Jadi, jangan kita semua alpa dan selesa dengan beranggapan bahawa wabak Covid-19 sudah pulih dan hilang.

Seperkara lagi, jangan sebarkan berita palsu kerana itu menyalahi undang-undang. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button