Nasional

Ziarah Aidilfitri dibenarkan, had maksimum 20 orang

AKTIVITI ziarah-menziarahi semasa perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Tidak perlu buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.

Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan ketika ziarah seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini.

Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang datang ziarah.

Elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup. Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat.

Mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang memperhalusi tatacara atau SOP tertentu yang boleh diamalkan oleh para jemaah.

Selepas SOP ini dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan RajaRaja selaku Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid.

Selain itu, tempoh rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020 dilihat antara langkah terbaik dalam meringankan beban rakyat yang kehilangan pendapatan akibat penguatkuasaan PKP dalam membendung penyebaran COVID-19.

Dalam perkara ini, Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.
Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020.

Di samping itu, turut diumumkan rayuan semula bantuan tunai langsung bernilai RM500 hingga RM1,600 bagi isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana dan pekerja yang belum berkahwin dibenarkan bakal mencetuskan reaksi positif kalangan rakyat.

Situasi menang-menang ini dapat merancakkan pembelian barangan keperluan asas sepanjang Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri sekali gus meningkatkan perbelanjaan isi rumah yang mana dapat membantu meningkatkan aliran tunai dalam kegiatan ekonomi sekali gus menambah pendapatan negara.-SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button