Nasional

SOP: KKM saman pelajar dalam kolej ketika periksa kes keracunan

KAKITANGAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa telah mengenakan denda sebanyak RM1,500 kepada beberapa orang pelajar ketika membuat pemeriksaan kes keracunan makanan di dalam sebuah kolej.

Seorang pengguna Twitter dalam ciapannya berkata, pelajar dalam kolej tersebut tersebut telah dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dalam kejadian pada 18 April lalu, Petugas KKM itu pada awalnya dikatakan hanya datang bagi memeriksa kafe di kolej tersebut susulan kejadian kes keracunan makanan sebelum ini.

Bagaimanapu pelajar tidak menyangka kehadiran petugas KKM itu turut melaksanakan tindakan penguatkuasaan SOP ke atas mereka yang tidak memakai pelitup mulut.

Tindakan itu katanya, dilakukan tanpa sebarang amaran, peringatan mahupun bertanya.

“Beberapa pegawai KKM masih berada di kawasan kafe sekitar 3:30 pm sehingga 5:00 pm. Kebanyakan student habis kelas jam 4:00 pm, dari kelas ke blok kediaman siswa atau ke kafe untuk beli makanan berbuka puasa.”

“Salah seorang rakan saya baru balik dari kelas memakai pelitup muka sambil berjalan dari blok akademik ke kafe. Namun disebabkan cuaca panas, semasa turun tangga ke kafe, dia telah menurunkan pelitup muka ke bawah disebabkan tidak cukup nafas (sesak nafas).”

“Lalu telah dipanggil pihak KKM dan terus dikenakan tindakan kompaun tanpa sebarang budi bicara mahupun teguran atau amaran dari KKM,” katanya di laman Twitter.

Pemilik akaun itu berkata, mereka akui tindakan pelajar itu sememangnya salah, namun mereka semua telah dikuarantin daripada bertemu orang luar dan langsung tidak ke mana-mana sejak lima bulan yang lalu.-SM

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button