Rencana

Rundingan terus: Kenapa pembangkang macam cacing kepanasan?

ANALISIS

RAMAI juga yang tertanya kenapa ahli-ahli politik Pakatan Harapan seperti cacing kepanasan selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat pada Isnin lalu terdapat 101 projek bernilai RM6.61 bilion diberikan secara rundingan terus.

Sejak itu pemimpin Pakatan Harapan terutama bekas menteri dan timbalan menteri PH seperti tidak senang duduk.

Mula-mula mereka mencabar Tengku Zafrul supaya bersikap telus dengan mendedahkan nama syarikat yang menerima tender secara rundingan terus tersebut.

Berhari-hari mereka mencabar bekas ahli korporat yang di bawa masuk ke dalam Kabinet oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada April lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan hancur berkecai disebabkan kecuaian mereka sendiri.

SABAHTengku Zafrul yang tidak pernah menyertai mana-mana parti politik dan tidak pernah menyuarakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat.

Sebelum menjawab soalan Ahmad Maslan pun dia telah memberi penerangan panjang lebar kepada Dewan Rakyat bahawa tidak ada apa-apa kesalahan untuk kerajaan memberi tender secara rundingan terus di bawah syarat-syarat tertentu.

Menurut Tengku Zafrul, perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera.

Ianya juga boleh dilakukan, bagi keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan sedia ada dan yang baharu diperoleh.

Projek rundingan terus juga boleh diberi jika satu punca bekalan atau perkhidmatan, iaitu pengeluaran produk hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber saja, keselamatan strategi babitkan perolehan demi keselamatan, kontrak daripada Bumiputera yang penuhi syarat kelayakan.

“Dalam perkara ini, kementerian perlu kemukakan permohonan perolehan secara rundingan terus berdasarkan kriteria berkaitan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan sebelum perolehan dapat dilaksanakan sebagai langkah kawalan,” kata Tengku Zafrul.

Tidak ada sepatahpun perkataan Tengku Zafrul dalam Dewan Rakyat pada Isnin lalu yang menuduh terdapat penyelewengan berlaku dalam pemberian projek tersebut.

Namun pembangkang terus mendesak agar Tengku Zafrul mendedahkan nama syarikat yang menerima projek berkenaan.

Kemuncaknya petang semalam Tengku Zafrul mendedahkan nama syarikat yang menerima tender secara rundingan terus daripada kementerian terbabit. Dalam kenyataannya, tidak juga Tengku Zafrul menyebut terdapat mana-mana projek berlaku penyelewengan.

Kenapa agaknya pemimpin Pakatan Harapan begitu marah dengan jawapan Tengku Zafrul.

Adakah mereka tersipu-sipu kerana projek-projek tersebut diberikan secara rundingan terus? Tapi mengapa pula harus tersipu-sipu?

Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 Pakatan Harapan menyatakan dalam Janji 23, ‘Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar’.

Kenyataan Tengku Zafrul menunjukkan hanya 0.07 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan kerajaan PH adalah projek Rundingan Terus. Tak sampai 1 peratus pun. Bermakna PH masih menepati janji untuk memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus.

Jadi, kenapa mereka begitu marah dan seperti cacing kepanasan?-SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button