Sukan

Pasukan mana mampu menghalang Manchester City?

MANCHESTER City terus menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalah Chelsea malam tadi. Hasil kemenangan malam tadi The Citizens mencatatkan 12 kemenangan berturut-turut.

Manchester City berjaya menumbangkan Chelsea 1-0 di Stadium Stadium, dengan gol tunggal kemenangan The Citizens lahir dari sepakan jarak jauh menarik  Kevin De Bruyne pada minit ke-70.

Keputusan ini terus melebarkan kemenangan pasukan bimbingan Pep Guardiola di EPL. Manchester City kini kelihatan sukar untuk dihalang dalam usaha mereka mengekalkan kejuaraan liga.

Manchester City terus mencatat kemenangan demi kemenangan di EPL sejak November 2021. Kali terakhir mereka gagal meraih mata kemenangan adalah ketika kalah 0-2 dari Crystal Palace di Etihad pada 30 Oktober tahun lalu

Manchester City saat ini juga semakin kukuh di puncak liga. Mereka mengumpulkan 56 mata dari 22 perlawanan.

Mereka mendahului dengan jarak 13 angka dari Chelsea di posisi kedua dan 14 mata dari Liverpool di posisi ketiga. The Reds masih mempunya dua perlawanan tertangguh dan berpeluang merapatkan jarak dengan Manchester City sebanyak lapan mata jika mereka menang semua perlawanan.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bagaimanapun tidak mahu anak-anak buahnya selesa dan berpuas hati dengan keputusan yang dinikmati sekarang.

Pengurus asal Sepanyol itu bertekad membawa Manchester City untuk meneruskan aksi kemenangan di perlawanan berikutnya.

“Dua belas kemenangan berturut-turut luar biasa, jadi kami harus terus mara,” ujar Guardiola dikutip dari BBC.

“Jika Liverpool menangkan perlawanan yang tertunda, itu menjadikan jarak hanya lapan mata. Tugas saya adalah memastikan para pemain tak terpengaruh oleh pujian orang. Kami lebih dari selesa tetapi ada banyak tugas yang harus dilakukan,” jelasnya.

Kemenangan bakal terus diburu Manchester City untuk mendekatkan diri ke gelaran EPL  musim ini.

Persoalanya kelab manakan yang mampu menghalang kemaraan Manchester City ini?

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button