Nasional

Songel yang kata saya berpolitik, rasis saya akan ‘jawi’ mereka – Tunku Azizah

 

“SAYA akan ‘jawi’ mereka ok”.

Sama ada itu gurauan atau tidak namun peringatan itu diberikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku  Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada pihak yang cuba melabelkan baginda berpolitik atau rasis dalam Twitter.

Ayat ‘masuk Jawi atau ‘nak Jawi’ dalam kebudayaan Melayu merujuk kepada upacara berkhatan bagi orang lelaki.

“Semasa saya kecil, sepupu saya dari Kelantan selalu sebut ‘nak jawi’. Orang Kelantan sebut masuk jawi kalau nak bersunat atau berkhatan.

“Kepada songel-songel yang kata saya berpolitik atau rasis dalam Twitter saya akan ‘jawi’ mereka ok!’ kata Tunku Azizah.

Ciapan Tunku Azizah itu mencuit hati pengikut Twitternya.

“Hahahaha… jawikan je Tunku,” kata Azam.

“Sunatkan je Tunku mana yang banyak songel ni. Buat jawi Perdana Tunku,” saran Hamid’s Daughter.

“Silakan Tunku. Patit minta satu je. Rakam live sekali yer,” kata Mohd. Nazri Bin Ismail.

“Ampun Tunku. Jawi atah bate pise. Hahaha salam Jumaat Tunku,” balas Wadi.

“Setuju Tunku. Kecoh sangat dia orang pasal Jawi tu kan,” kata Akai.

“Hahahahaha… serammmm kena jawi kali ke-2,” seloroh Akmar Hanis.

“Jawikan je. Mana yang dah jawi tu, jawikan lagi sekali,” saran Wynonna.

Semalam seorang pengguna Twitter menuduh Raja Permaisuri Agong cuba bermain politik.

Ini berikutan Tunku Azizah berkongsi cerita anakanda baginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah mempelajari tulisan Mandarin untuk O-Levels dan perlu menghafal 500 aksara dan berjaya mendapat A untuk subjek tersebut.

Menurut Tunku Azizah, tidak rugi untuk seseorang belajar tulisan dan bahasa lain termasuk Jawi.

“Andakanda saya Muhammad mengambil Mandarin untuk O-Levels dan dia perlu menghafal 500 aksara dan dia mendapat A. Saya selalu meminta dia mengajar saya dan saya dapati ianya sangat sukar untuk dipelajari.

“Malah Permaisuri Johor major dalam Mandarin ketika di Oxford. Tak rugi belajar Jawi atau bahasa dan tulisan lain,” kata Tunku Azizah.

Pengguna Twitter dengan nama ‘pengesanpenipu’ tidak senang dengan ciapan Tunku Azizah dan menuduh Raja Permaisuri Agong cuba bermain politik dalam isu Jawi.

“Apabila keluarga diraja melibatkan diri dalam politik, bersedialah untuk mendapat reaksi balas. Adalah lebih baik biarkan politik ditangan ahli politik. Dengan cara itu keluarga diraja akan terus dihormati.

“Rakyat boleh melihat anda membuat percubaan besar untuk menyampikan pendapat,” tuduh pengguna Twitter tersebut.

Bagaimanapun Tunku Azizah menafikan tuduhan pengesanpenipu. “Saya tak pernah bincang politik dalam Twitter,” tegas Tunku Azizah.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter juga menuduh ciapan Tunku Azizah dalam isu tulisan Jawi termasuk dalam kategori rasis.

Tunku Azizah dalam ciapan balasnya berkata, tiada apa yang rasis apabila berbincang mengenai Jawi.

“Tiada apa yang rasis. Saya hanya bercakap mengenai keindahan Jawi dan kesenian Islam. Untuk menghargainya seseorang itu tidak perlu pun menjadi seorang muslim.

“Seseorang tidak perlu menjadi Melayu untuk menjadi muslim. Ada sahaja orang Melayu yang bukan beragama Islam. Dalam Islam kita tidak terikat kepada bangsa tetapi kepada kepercayaan dan keimanan terhadap Allah,” kata Tunku Azizah.-SM

 

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button