fbpx
Bola SepakSukan

Solskjaer atasi kehebatan dua pengurus bola sepak terbaik dunia

DALAM masa seminggu pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membuktikan dia mampu menjadi yang terbaik apabila berjaya mengatasi dua pasukan yang dibimbing oleh dua individu yang dianggap sebagau pengurus terbaik di dunia.

Selepas mengatasi Tottenham yang dibimbing oleh Jose Mourinho, awal pagi tadi pula, Pep Guardiola pula terpaksa tunduk kepada Solskjaer  apabila Manchester City tewas 2-1

Ketika permulaan yang terumbang-ambing di awal musim ramai yang sangsi kepada keupayaan Solskjaer. Tetapi dengan dua kemenangan berturut-turut ke atas pasukan yang dibimbing oleh dua nama hebat itu, Solskjaer semakin dihormati.

Kemenangan itu turut menggembirakan bekas pengurus Red Devil, Alex Ferguson.

Bekas pemain United, Gary Neville turut tidak menjangka keputusan malam tadi.


“Manchester City sedang berusaha mengejar Liverpool tetapi kami mengejutkan mereka. Rashford, Martial, Lingard and James memberikan persambahan menarik,” katanya.

Kemenangan itu meletakkan United di tangga kelima liga sekarang dengan mengutip 10 mata daripada 12 mata penuh dalam pertembungan dengan empat pasukan di tangga teratas.

Roy Keane berkata, dia akan letakkan perlawanan malam tadi sebagai persembahan Manchester United yang sebenarnya.

“Kredit kepada Ole Gunnar Solskjaer. Pasukan ini hebat dan amat menarik untuk terus mara. Ini betul-betul hari yang hebat untuk Manchester United,” katanya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button