Ekonomi

TNB serah zakat perniagaan lebih RM580,000 kepada MAIPs

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM583,330.13 bagi tahun 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Zakat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions Ahmad Hushairi Ibrahim yang mewakili Pengerusi TNB kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Ketam, Kampung Seberang Ramai, di Kuala Perlis, semalam.

Selepas acara itu, baginda turut berkenan membuat pelepasan seramai 70 orang peserta Explorace TNB 2022 yang disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pengamal media Perlis.

— BERNAMA

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button