Negeri

Solat Jumaat, Aidiladha, ibadah korban dibenarkan di Terengganu

TERENGGANU membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid-masjid seluruh negeri itu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, umat Islam di negeri itu juga dibenarkan menunaikan solat sunat Aidiladha.

Bagaimanapun bilangan jemaah bagi Solah Jumaat dan solat sunat Aidiladha dihadkan kepada 40 orang tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid.

Bagi solat sunat Aidiladha hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan.

Menurut Osman, solat fardhu juga dibenarkan di masjid dan surau tetapi bilangan jemaah dihadkan seramai 12 orang.


“Kehadiran jemaah ke masjid dan surau hanya dibenarkan kepada ahli kariah yang bermustautin dan warganegara sahaja kecuali mana-mana yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Osman berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah mendapat pandangan Mufti Negeri Terengganu dan Pengarah Kesihatan Negeri.

Kerajaan negeri membenarkan pelaksanaan ibadah korban dan akikah dilakukan termasuk di perkarangan masjid dan surau atau kawasan lapang lain.

Bagaimanapun pihak terbabit perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

” Jumlah hairan korban dihadkan kepada lima ekor sehari di suatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan.

“Jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 10 orang, hendalah berada dalam keadaan sihat,” kata Osman.

Beliau turut menjelaskan, mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti sepanjang penutupan.-SM

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button