Politik

Sokong Tun M tetapi taat, sayang Muhyiddin – Maszlee

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menyatakan sokongan kepada bekas Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata, beliau berpegang kepada prinsip perjuangannya iaitu kembali kepada penyokong dan rakyat.

Menurutnya, keputusan yang diambil adalah berat dan paling besar kerana mengakui sayang dan taat kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[BACA ARTIKEL] PH rancang undi tak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat — Suara Merdeka

“Apabila keadaan sudah semakin rumit dan terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

“Kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar. Mereka mengingatkan siapa saya, kenapa saya ceburi politik, dan kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundi saya dahulu,” katanya.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata demikian dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke – 8 pagi ini.

[BACA ARTIKEL] Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Ahmad Zahid ajak bergerak dalam satu pasukan — Suara Merdeka

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Bagaimanapun, pelantikan beliau dipertikai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan pemilihannya sebagai tidak layak.

Sukar bekerjasama dengan UMNO

Dalam kenyataan sama, beliau juga mengakui sukar untuk bekerja sama dengan UMNO selepas ahli parti berkenaan terpalit dengan pelbagai isu.

Menurut Mszlee, beliau akui tidak pandai berpolitik namun cuba menjadi seorang yang teguh dengan parti walaupun sering ditegur.

“Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.

“Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan,” luahnya.

[BACA ARTIKEL] Majoriti rakyat mahukan negara bebas daripada DAP – Dr. Maza — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Maszlee juga enggan mengkhianati pengundi yang disifatkan telah berkorban dan menngundinya sebagai wakil rakyat di Simpang Renggam. – SM

(Visited 556 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button