Nasional

Rumah Cahaya Kasih mohon sumbangan pengangkutan

PERTUBUHAN Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila menjadi tetamu undangan untuk Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Kata Pengurusnya, Atikah Azhar, peluang sebegini tidak diperolehi semua orang dan nikmat yang Allah beri ini hendaklah disyukuri sedalam-dalamnya.

“Anak-anak suka dapat dapat naik bas, datang sini naik bas, saya dapat lihat mereka sangat gembira sebab ia jarang kita dapat, tambahan dengan kekangan Covid-19 dua tahun lepas, kita memang tidak bawa anak-anak ini keluar” katanya yang berkongsi reaksi anak-anak jagaanya apabila diberitahu mengenai majlis berbuka ini.

Bagaimanapun, Atikah berkata pihaknya mengalami kesukaran dari segi pengangkutan untuk membawa membawa anak-anak jagaannya keluar ke mana-mana tempat.

Anak-anak lelaki Cahaya Kasih sedang menikmati juadah yang disediakan.

“Kami sekarang memerlukan bantuan dari segi pengangkutan untuk memudahkan pergerakan anak-anak.

“Untuk hadir ke majlis hari ini juga kami perlu memohon sumbangan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang dari segi pengangkutan, kalau tidak ada, kami perlu ikhtiar untuk menyewa kenderaan bagi membawa anak-anak ini keluar” jelasnya.

Rumah Cahaya Kasih mempunyai dua buah rumah yang dihuni seramai 35 orang kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Persembahan istimewa dari anak-anak Cahaya Kasih bersama penyanyi, Asmidar.

Anak-anak yang terdiri daripada anak-anak yatim dan juga anak asnaf sememangnya memerlukan sumbangan ataupun bantuan orang ramai terutama dari segi keperluan asas harian.

“Kalau ikutkan bantuan yang kami perlukan biasanya bantuan dari segi barangan keperluan asas harian, sebab anak-anak ini masih kecil jadi kami memerlukan banyak lagi bantuan asas harian untuk menampung barangan keperluan yang sedia ada” tambahnya.

Individu yang bermurah hati untuk menyalurkan bantuan kepada anak-anak ini boleh ke Facebook Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih yang mengandungi semua maklumat yang boleh dihubungi. – SM

(Visited 591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button