Nasional

Penganut Kristian di Sabah, Sarawak dibenarkan guna kalimah Allah

PENGANUT agama Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran dan penerbitan buku agama mereka.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Mereka juga dibenarkan menggunakan kalimah lain iaitu ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam ajaran dan penerbitan mereka.

Hakim Datuk Nor Bee Abdullah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.

Pada 208 Jill memfailkan semakan bagi menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. – SM

(Visited 850 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button