
Snek Terbaru Kinder Schoko-Bons Crispy Cipta Momen Indah Bersama Keluarga
JENAMA konfeksi terkemuka, Kinder®, kini memperkenalkan Kinder Schoko-Bons Crispy, snek coklat terbaharu yang menggabungkan keenakan coklat susu, biskut wafer rangup dan inti susu serta koko yang memikat selera.
Dihasilkan dalam bentuk bujur bersaiz gigitan, setiap Schoko-Bons Crispy hadir dengan lapisan wafer bersalut coklat susu, ditabur dengan serbuk koko dan diisi inti berkrim yang lazat. Ia bukan sekadar snek – tetapi pengalaman rasa yang membawa kegembiraan kepada seluruh keluarga.
Sama ada dinikmati di rumah atau dibawa ketika dalam perjalanan, Schoko-Bons Crispy dicipta untuk mencipta lebih banyak momen manis bersama – menjadikan detik kebersamaan lebih bermakna.
“Kami memahami betapa berharganya masa yang diluangkan bersama keluarga, terutama bagi para ibu bapa. Dengan Schoko-Bons Crispy, kami ingin menjadi sebahagian daripada kenangan indah yang dicipta melalui saat-saat kecil yang menggembirakan,” ujar Encik Fabian Heymer, Wakil Kinder Schoko-Bons Crispy.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1968 oleh Michele Ferrero di Alba, Itali, KINDER™ terus berkembang menjadi antara jenama coklat paling dikenali di dunia. Kini hadir di lebih 170 negara, produk KINDER™ terkenal dengan ramuan berkualiti dan inovasi yang membawakan kejutan menggembirakan untuk semua peringkat usia.
Berpegang pada misi untuk mencipta momen kecil yang bermakna dalam kehidupan seharian, KINDER™ terus menghasilkan coklat yang bukan hanya enak, malah mampu menyatukan keluarga.
Untuk lebih banyak inspirasi dan detik manis bersama, ikuti kami di media sosial: Facebook Kinder Malaysia.