KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan Covid-19 catat 2,356 kes, 9 kematian

JANGKITAN harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 2,356 kes dan sembilan kematian dilaporkan semalam termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,351 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,784,980 kes dan 36,225 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 31,463 kes aktif Covid-19, termasuk 74 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 46 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.6% atau 30,084 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 20 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,285 orang atau 4.2% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,875 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,068 kluster, dengan 26 daripadanya masih aktif. – SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button