Bola SepakNegeriSukan

SMK Syed Hassan juara Bola Sepak Piala Raja Perlis

PASUKAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan (Sekolah Sukan Negeri – SSN Perlis) muncul sebagai juara dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Raja Perlis Tahun 2022.

Kemenangan berpihak kepada SMK Hassan selepas menundukkan pasukan SMK Mutiara Impian (SSN Pulau Pinang) dengan jaringan tiga gol berbalas satu di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bawah 17 tahun tersebut yang berlangsung sengit dan seterusnya menyampaikan piala pusingan, piala iringan serta medal.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Penaung Pertandingan, Affendi Rajni Khan, Pengetua SMK Syed Hassan (SSN Perlis) Ros Aza Che Ariffin dan wakil daripada Alumni The Old Frees Association Penang Free School, Andrew Lim.

Berangkat sama anakanda bongsu Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Raja Muda turut berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemain ‘Kategori bawah 14 tahun’ SMK Mutiara Impian yang telah menundukkan SMK Syed Hassan dengan keputusan 1-0 dan juga ‘Kategori Alumni’ SMK Syed Hassan mengalahkan Penang Free School dengan 3-1.

Penang Free School merupakan sekolah yang cukup dekat dihati usrah kerabat diraja negeri Perlis kerana dua Raja pemerintah Jamalullail iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra dan Tuanku Syed Sirajuddin beserta pewaris takhta, Tuanku Syed Faizuddin Putra merupakan alumni sekolah inggeris tertua di negara ini tersebut.

Program yang julung kali dianjurkan dan ditaja oleh Figos Sdn. Bhd, Yakult Malaysia dan Milo Nestle itu dicadangkan akan menjadi acara tahunan secara timbal balik antara SMK Syed Hassan (SSN Perlis) dengan Penang Free School bagi memberi peluang kepada murid kedua-dua buah sekolah untuk membuat latihan dan persediaan yang berterusan dalam sukan dan juga akademik.

Ia juga diharap dapat membina satu jalinan persahabatan dan ikatan silaturahim yang erat antara guru-guru dan murid di samping bertukar-tukar idea dan kemahiran untuk meningkatkan prestasi murid dalam bidang sukan serta akademik dan seterusnya menyediakan pemain-pemain untuk menghadapi Liga PLD dan Liga KPM. – SM

(Visited 696 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button