Hiburan

Noraniza Idris tak percaya sudah bergelar nenek

RATU Irama Malaysia, Noraniza Idris seolah-olah tidak percaya yang dirinya sudah bergelar nenek. Beliau merasakan dalam usia 53 tahun, masih terlalu muda untuk mendapat gelaran nenek namun kehadiran cucu sulungnya amat menggembirakan beliau sekeluarga.

Menurut Noraniza, beliau sebenarnya kekok untuk mendukung bayi ataupun menguruskan bayi. Maklumlah,  sudah lama tidak memegang bayi atau anak kecil.

Namun begitu, rasa sayang mula muncul apabila terbiasa dengan kehadiran cucunya dan beliau juga sudah mula menerima kenyataan bahawa dirinya sudah pun menjadi nenek.

Perkahwinan anak lelaki sulungnya, Aliff Haiqal k dengan Ezza Nafiesha Zakaria pada hujung tahun 2019 lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan telah dianugerahkan dengan seorang cahaya mata perempuan yang  kini berusia enam bulan.

Noraniza atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Ani berkata, pada mulanya perasaan risau dan paranoid ada dalam dirinya untuk berjumpa dengan cucu sulungnya itu sejak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beliau mengakui sering berhubung dengan anak dan menantunya untuk bertanyakan khabar serta memastikan mereka berada dalam keadaan baik.

Menurut Noraniza lagi,  beliau juga bimbang kalau suaminya berbual dengan jiran tetangga kerana perasaan paranoid Covid-19 sentiasa ada dalam dirinya.

“Kalau Kak Ani nampak suami berbual-bual dengan jiran, rasa takut tu ada. Memang paranoid dibuatnya pandemik Covid-19 ni.

“Walaupun penjarakan sosial ada tetapi kita tidak nampak virus itu dan virus ini ada di mana-mana sahaja”, katanya. – SM

(Visited 359 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button