Ekonomi

SME Bank sediakan RM30 juta lahirkan syarikat eksport bumiputera

Syrikat bumiputera yang ingin meneroka pasaran luar tetapi tidak memiliki keupayaan kewangan boleh memohon dana daripada Small Medium Enterpirse Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) melalui Business Exports Programme (BEP).

Sejumlah RM30 juta disediakan untuk melatih dan melahirkan lebih ramai usahawan pengeksport produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera melalui BEP yang diperkenalkan semula tahun ini selepas dihentikan pada 2019.

Menteri Pembagunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dalam ucapan pada Majlis Pelancaran BEP hari ini berkata, peruntukan tersebut boleh memberi memanfaat kepada kira-kira 150 PKS bumiputera.

Sementara itu menurut Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail, dana BEP disediakan bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Alhamdullilah sehingga kini 29 buat syarikat di mana 18 daripada 18 daripada sektor pembuatan dan 11 daripada sektor perkhidmatan telah diluluskan penyertaannya ke dalam porgram ini,” kata Aria Putera.

BEP merupakan kerjasama yang dijalin oleh SME Bank, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) diperkenalkan sejak 2016.

Menurut Aria Putra, BEP telah membantu 73 syarikat bumiputera yang telah mencatatkan peningkatan eksport keseluruhan sebanyak RM141.1 juta berbanding sasaran awal sebanyak RM50 juta.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 55 syarikat berjaya meningkatkan hasil eksport, 19 menjadi pengeksport baru dan 13 syarikat mendapat pembiayaan berjumlah RM87.7 juta.

Pada majlis itu sebanyak 10 PKS menerima surat tawaran BEP yang disampaikan oleh Noh.

Nor Iskandar Naini Hanifah

Ketua Pegawai Eksekutid SD Impleks Group Nor Iskandar Naini Hanifah berkata, dana berkenaan amat membantu PKS dari segi pengurusan awal seperti pendaftaran produk di Malaysia dan di negara sasaran.

“Syarikat ini ditubuhkan pada 2020 dan telah memiliki pejabat dan Gudang di Nagoya. Program ini merupakan program penembusan dan penerokan pasaran di Jepun. Kami mula memasarkan jenama MyKitchen yang mengumpul produk-produk IKS untuk dipasarkan di Jepun.

“Setakat April kita telah membawa 31 produk PKS ke Jepun sebagai produk percubaan bagi pasaran di negara itu. Setakat ini penerimaannya amat baik di Jepun. Bila sampai di sana produk akan diberi pendedahan dan dana ini digunakan bagi tujuan pemasaran dan pensampelan produk,” katanya.

Ellyna Zakaria

Sementara itu Pengurus Blindspot Studios Sdn. Bhd., Ellyna Zakaria berkata, bukan setakat dana BEP diberi malah syarikat turut dibantu dalam mencari rangkaian yang betul dalam memasarkan produk keluar negara.

“Membantu dengan membawa kami keluar negara. Memberikan rangkaian hubungan dengan negara luar. Tak perlu lagi kami mencari kontek .

“Dana ini dapat membantu mengetengahkan perkhidmatan animasi syarikat kami keluar negara dan kami boleh menyesuaikan produk kami mengikut situasi tempatan.

“Kami sasarkan Dubai, Indonesia dan negara-negara Eropah,” katanya. Animasi yang dihasilkan syarikatnya, Aliran Sofia kini ditayabgkan di Disney Plus dan di negara-negara Amerika Latin.

Antara program misi perdagangan yang akan disertai oleh peserta BEP dalam masa terdekat adalah MIHAS 2021, E-Biz Match berasma usahawan Uganda, Export Acceleration Mission Bangkok, Thailand dan Dubai Expo 2020.-SM

 

 

 

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button