Nasional

Sulaiman puas hati proses pengundian berjalan lancar

CALON Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah mengundi pada pukul 9.05 tadi.

Ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah, dia berpuas hati dengan proses pengundian di pusat tersebut.

“Saya di dalam tadi melihat perjalanan proses pengundian, berjalan lancar walaupun kita terpaksa menghadapi situasi norma baharu.

“Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan proses pengundian di PDM Durian Daun.

“Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak keselamatan memberi kerjasama yg baik,” katanya

Sulaiman turut berkata, kesedaran masyarakat untuk keluar mengundi kali ini agak tinggi kerana beliau melihat ramai orang berada di pusat pengundian.

“Ramai juga pagi ini, mungkin kesedaran orang untuk keluar mengundi kali ini agak tinggi.

“Tapi kebanyakkannya mereka yang berusia saya ingat saluran 3 keatas,” katanya.

Tambahnya, orang ramai mengambil kesempatan keluar mengundi pada pagi ini kerana keadaan cuaca yang mendung.

Sementara itu, beliau berharap pengundi yang hadir dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Di Dewan Undangan Negeri Lendu, Sulaiman Md Ali ditentang oleh Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH). -SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button