Politik

i-Sinar: Ahli Parlimen Pas ‘done claim’

MASIH teringat sindiran permintaan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai hendak ‘pinang Puteri Gunung Ledang’?

Hal itu berlaku ketika Ahli Parlimen Pasir Mas (Pas), Ahmad Fadhli Shaari membahaskan Belanjawan 2021 pada 11 November 2020 di Dewan Rakyat.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyifatkan syarat sokongan BN kepada Belanjawan 2021 seperti permintaan ‘Puteri Gunung Ledang’.

Bagaimanapun, semalam beliau memaklumkan menerima khabar mengujakan mengenai penambahbaikan pengeluaran i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sepertimana ahli parlimen lain, kami ahli parlimen dan pimpinan parti PAS lain turut menerima berbagai aduan dan rayuan supaya menyuarakan keresahan sesetengah ahli KWSP yang merasakan perlu ada penambahbaikan.”

Kata Ahmad Fadhli yang memberitahu rakan-rakan partinya dalam Parlimen juga menyuarakan gesaan itu sebelum ini tetapi secara berbisik dan tidak menyifat menekan kerana mengikut adab dalam kerajaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam Facebooknya itu dikecam peguam kanan, Datuk Adnan Seman yang menyelarnya sebelum ini memerli pemimpin UMNO yang mengenengahkan idea untuk kebajikan rakyat.

“Sebab itulah jgn sombong dok perli-perli pemimpin UMNO yang beri idea untuk kebajikan rakyat.

“Hikayat Puteri Gunung Ledanglah apalah. Komen netizen di wall (Facebook) Ahmad Fadhli ini banyak yang hentam beliau.

“Lebih baik jika pemimpin kerajaan seperti Ahmad Fadhli dapat mencetuskan idea-idea baharu selain idea pemimpin-pemimpin UMNO seperti i-Sinar, moratorium dan lain-lain.

“Yang mampu membantu rakyat ketika berdepan pandemik Covid-19 dan negara ketika berhadepan kelembapan ekonomi dan kejatuhan pelaburan asing yg mendadak.

“Cetuskan idea baru, jgn claim idea org lain,” tempelak Adnan.

Sebelum ini pemimpin UMNO yang juga Ahli Parlimen BN seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan meluluskan pemberian moratorium dan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara lump-sum tanpa syarat bagi menyokong Belanjawan 2021.

Bagaimanapun, ketika pembentangan Belanjawan 2021, perkara itu tidak diendahkan sehinggalah beberapa pembaharuan dilakukan menjelang hari untuk Dewan Rakyat meluluskannya sebelum di bawa ke Dewan Negara.

Untuk makluman, cetusan idea mengenai pengeluaran KWSP dan sambungan moratorium secara automatik dicetuskan Najib Razak sebelum disuarakan di Dewan Rakyat. – SM

(Visited 1,480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button