
Skuter Pintar Baharu Acer Dilancarkan Dengan Motor Sehingga 500W
Dalam teknologi mobiliti pintar, Acer memperkenalkan beberapa model skuter dan basikal pintar baharu yang mengintegrasikan prinsip kejuruteraan moden. Inovasi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan mobiliti bandar serta penggunaan di jalanan.
Antara model yang diperkenalkan ialah Acer eScooter Series 4 Select, Series 5 Select, Predator ES Storm, dan Predator WS Thunder yang dilengkapi dengan motor berkuasa antara 400W hingga 500W. Selain itu, ia turut menyertakan sistem brek automatik bagi meningkatkan tahap kestabilan penunggang. Semua produk ini turut boleh diselaraskan melalui aplikasi Acer eMobility App yang membolehkan pengguna memantau prestasi serta mengurus aspek keselamatan secara lebih sistematik.
Selain itu, Acer turut memperkenalkan Predator eRanger, iaitu sebuah basikal elektrik pintar tayar lebar yang pertama kali dipamerkan dalam acara Taipei Cycle Show 202 pada bulan Mac yang lalu. Model ini direka dengan ketahanan yang lebih lasak sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti luar. Sehingga kini, pihak Acer masih belum mengumumkan harga bagi kesemua produk ini.
Sumber : Amanz