NasionalNegeri

Macau Scam: Petani di Arau, Perlis rugi RM73,000

MACAU scam terus mencari mangsa, kali ini mengaku dengan sebagai “Inspektor Saha” bagi memerangkap seorang petani berusia 64 tahun sehingga rugi RM73,000.

Modus operadinya bermula dengan panggilan telefon menerusi penyamaran untuk menjerat mangsa tanpa belas kasihan.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsen Md Rodi setelah mangsa membuat laporan polis pada 25 Februari lalu.

Kata Ahmad Mohsen, “Inspektor Saha” yang mengaku bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang semasa membuat panggilan pada 24 Februari lalu itu mendakwa mangsa telah terlibat dalam penggubahan wang haram dan terdapat waran tangkap.

“Mangsa diminta membuat transaksi wang RM73,000 ke dalam dua akaun yang diberi bagi mengelak akaun bank milik mangsa dibekukan oleh IPK Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau memberitahu, selepas membuat lapan kali transaksi ke dua akaun bank ini baharulah mangsa memberitahu anaknya bahawa telah ditipu macau scam.

Berikutan itu, Ahmad Mohsen memberitahu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Arau telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksan kerana menipu .

“Pihak polis kini giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button