Nasional

SKMM nafi tuduhan Syed Saddiq

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung “arahan” kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merampas telefon mudah alih milik beliau.

SKMM dalam kenyataan memberitahu, selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan PDRM untuk melengkapkan siasatan mereka.

Sebaliknya SKMM akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan, secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik.

Dalam pada itu, SKMM juga menafikan wujudnya “unit khas” dalam MCMC untuk tujuan politik, gangguan politik (political intrusion), kempen sabotaj dan lain-lain, seperti mana yang didakwa oleh Syed Saddiq dalam kenyataan beliau.

Untuk makluman, SKMM berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta
Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi SKMM dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh SKMM.

Dalam hal ini, pihak SKMM ingin menjemput YB Syed Saddiq untuk hadir ke SKMM yang mana Suruhanjaya bersedia untuk memberikan penerangan penuh mengenai peranan dan carta organisasinya yang juga boleh didapati di laman sesawang rasmi SKMM. – SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button