Jenayah

SKMM rakam keterangan Siti Kasim

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam keterangan Siti Kasim berhubung hantaran di Facebook berkaitan kenyataan parti PAS dan arak.

Memetik laporan Malay Mail, peguam itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Dia juga disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia berjalan lancar, saya bekerjasama dengan pihak berkuasa, mereka menanyakan semua soalan yang diperlukan kepada saya.

“Ini mengenai posting saya di Facebook. Catatan itu diputar belit oleh banyak pihak kerana anda semua tahu sama ada anda telah membaca catatan asal saya. Saya juga telah membuat laporan polis dan SKMM sendiri terhadap mereka,” kata Siti Kasim.

Menurut peguam itu, tiada sebarang peralatan atau gajet miliknya dirampas oleh SKMM kerana beliau memberi kerjasama penuh dalam siasatan tersebut.

Siti Kasim memasuki bangunan SKMM pada pukul 10 pagi dan keluar pada pulul 12.45 tengah hari selepas kenyataannya diambil.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,  polis menerima 116 laporan diterima terhadap aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim berhubung kenyataan dimuat naik baru-baru ini.

Tambahnya, Siti Kassim turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kenyataan yang dikeluarkan Siti Kassim ialah “…You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children. Get It pis?” -SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button