Politik

Tok Mat Hassan keliru: Nak bentang Bajet, nak buat PRU15

Tak tahu jadual Dewan Rakyat dan Dewan Negara, jadi terkeliru

TOK MAT HASSAN KATA :

Tempoh paling ideal diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah pada bulan Oktober atau November.

Disember sudah musim tengkujuh dan banjir.

Tok Mat cadangkan diawalkan pembentangan Bajet 2023 kepada awal Oktober.

PERSOALANNYA:

Sekiranya PRU mahu diadakan pada Oktober atau November, buat apa bentang Bajet 2023 pada awal Oktober?

Untuk meluluskan Bajet 2023 memerlukan tempoh dia bulan untuk perbahasan, cadangan balas dan undian di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menjadi kebiasaan apabila Bajet dibentangkan pada penghujung Oktober, kelulusan di kedua-dua Dewan akan mengambil masa sehinggalah kepada lebih kurang 20 haribulan Disember. Lima ke enam hari sebelum cuti Krismas.

Sekiranya diluluskan awal pun, The Wow Factor dan Bajet 2023 akan mengambil masa untuk turun kepada rakyat.

Kebiasaannya peruntukkan Bajet paling cepat akan mula turun pada awal Februari ataupun penghujung Januari 2023.

Ini bermakna, sekiranya diluluskan Bajet 2023. Selepas itu bubar. Kemungkinan besar, bajet yang baharu perlu dibentangkan semula selepas PRU15.

Membuang masa. Kerana itu, pada pandangan saya PRU diadakan pada Oktober atau November adalah tidak sesuai sekiranya Bajet 2023 mahu dibentangkan.

Masa yang paling sesuai ialah pada atau pun selepas Mac 2023, tahun depan.

Bajet sudah diluluskan. Wow Factor sudah turun. Inflasi terkawal. Bantuan kewangan kepada rakyat diberikan oleh Kerajaan. Baru adakan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tok Mat Hassan tidak pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kemungkinan ini menyebabkan Tok Mat terkeliru dengan jadual yang sering dilakukan untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara ketika musim Bajet.

Maaf Tok Mat Hassan, waktu ideal untuk adakan Pilihan Raya Umum tidak sesuai sekiranya Bajet 2023 tetap mahu dibentangkan. – SM

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button