Nasional

Skandal tanah, pasir: MB Perak sedia beri kerjasama kepada SPRM

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penjualan tanah dan pasir seperti yang terkandung dalam surat laying, baru-baru ini.

Ahmad Faizal berkata, beliau mengambil maklum laporan yang dibuat oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan yang terkandung dalam surat layang tersebut yang tular di media sosial.

Beliau berkata, secara peribadi,  beliau sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut.

Ahmad Faizal berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, ia bertepatan dengan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri yang sentiasa menekankan kepada prinsip Kedaulatan Undang-Undang.

Hari ini, di Ipoh, Putra yang diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman membuat laporan kepada SPRM berkaitan dengan pendedahan surat layang yang didakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Surat itu yang bertajuk “Surat Karam” mendedahkan skandal penjualan tanah dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu-individu yang dikaitkan dengan Ahmad Faizal, menurut laporan Sinar Harian hari ini. – SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button