Politik

Calon Bersatu layak bertanding di Parlimen Jasin

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Bahagian Jasin menuntut pucuk pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) meletakan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bukannya Pas
bertanding di kerusi Parlimen Jasin menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Ketua Armada, Muhammad Jefri Safry berkata, calon daripada Bersatu adalah layak bertanding di situ walaupun kerusi itu tradisinya ditandingi oleh Pas.

Menurutnya, jika PN menyenaraikan calon dari Pas bertanding di sini, seluruh jentera Armada Bahagian Jasin tidak akan meneruskan kempen dan hanya akan duduk di rumah sehingga hari pengundian pada 19 November ini.

“Sewajarnya, pihak atasan PN dan Bersatu mendengar suara anak muda di Jasin yang mahukan calon daripada Bersatu diangkat bertanding di Jasin pada PRU15 nanti.

“Tuntutan agar calon Bersatu mewakili PN bertanding di sini dibuat berdasarkan ketetapan yang putuskan sewaktu persidangan Armada Bahagian itu baru-baru ini.

“Calon dariada Bersatu sebenarnya lebih relevan untuk diangkat bertanding di sini dan kita mempunyai calon kredibiliti untuk diketengahkan,” ujarnya dalam sidang akhbar di Kelab Golf
Heritage Jasin di sini hari ini.

Difahamkan pada Mesyuarat PN negeri sebelum ini bersetuju Pas bertanding di Jasin dan Tangga Batu manakala tiga kerusi buat Bersatu di Hang Tuah Jaya, Masjid Tanah dan Alor Gajah manakala Gerakan di Kota Melaka.

Pas pula menyenaraikan tiga calon bertanding di situ iaitu Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Kintan Man; Naib Yang Dipertua Pas kawasan Jasin, Abd. Alim Shafie dan bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamaruddin Sidek.

Mengulas lanjut Muhammad Jefri berkata, Bersatu mempunyai tiga calon berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon.

Menurutnya, tiga calon tersebut ialah Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka yang juga ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub; Timbalan Ketua Bahagian Jasin, Mustafa Ahmad dan Setiausaha Srikandi pusat, Azalina Abdul Rahman.

Menurutnya, berdasarkan pretasi sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu, tiga calon dari Bersatu dan dua dari Pas yang bertanding hanya kerusi DUN Bemban dimenangi parti itu.

“Oleh yang demikian kemenangan satu kerusi di Bemban dan kekalahan tipis di Rim dan Sungai Rambai berbanding Pas membuktikan calon Bersatu adalah layak bertanding di Parlimen Jasin,”
ujarnya. – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button