Nasional

Jumlah pesakit Covid dirawat kini lebih 30,000 orang

BILANGAN pesakit Covid-19 yang ketika ini sedang menerima rawatan melebih 30,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini jumlah pesakit meningkat kepada 30,390 orang.

Angka kes baharu hari mencatatkan bilangan 3,309 orang dengan hanya 6 kes diimport sementara 3,303 orang lain merupakan jangkitan tempatan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,007 kes atau 30.4 peratusdaripada keseluruhan kes.

“Diikuti Johor sebanyak 442 kes dan Sabah sebanyak 409 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam sati kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, ketika ini terdapat 190 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 83 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Bilangan kematian yang direkodkan bertambah empat orang dengan tiga kes berlaku di Selangor dan satu di Perak melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya adalah warga tempatan berusia antara 52 hingga 69 tahun.

Sementara itu Dr. Noor Hisham berkata, 11 lagi kluaster baharu dikenal pasti iaitu dua empat kes di Kuala Lumpur, Selangor (2), Kelantan (2), Sarawak (1), Putrajaya (1) dan Terengganu (1).

Salah satu kluster melibatkan pusat dialisis yang berlaku di Presint 9 Putrajaya.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133540) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pusat dialisis di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” kata Dr. Noor Hisham.

Jumlah kluster aktif yang dipantau ketika ini adalah sebanyak 261 kluster.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 77 kluster melaporkan pertambahan kes antaranya Kluster Penjara Jalan Harapan (192 kes), Kluster Teratai (176 kes), dan Kluster Tembok Choh (162 kes).

Menurut Dr. Noor Hisham, lapan kluster tamat hari ini iaitu Kluster Atabara, Kluster Senu Setia, Kluster Bonggaya, Kluster Jernai, Kluster Pengkalan Barat, Kluster Tapak Bina Puteh Lama, Kluster Tapak Bina Jalan Bukit dan Kluster Sabaru. -SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button