fbpx
Hiburan

Siti Sarah syukur suami selesai beri keterangan di SPRM

PENYANYI, Siti Sarah mengucapkan syukur selepas suaminya yang juga seorang pelawak selesai memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi.

Menerusi status yang dimuat naik penyanyi itu, mereka dipanggil hanya untuk memberi kerjasama serta menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia.

Ruangan komen pula menyaksikan beberapa rakan pelawak seperti Fad Bocey, Achey dan Rahim turut mendoakan supaya urusan mereka dipermudahkan.

Semalam, pihak pengurusan pasangan selebriti ini mengesahkan hanya Shuib sahaja yang dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dan bukan bersama isterinya, Siti Sarah Raisuddin seperti yang didakwa sebelum ini.

Pengurus kepada pasangan selebriti itu, Nana Mohamad Rom berkata, kehadiran Siti Sarah ke sana hanyalah sekadar menemani suaminya.


“Buat masa ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyatan rasmi berkaitan kes tersebut.

“Kita tidak boleh beri keterangan kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM dan menghormati sistem perundangan negara,” katanya.

Menurut Nana, pihaknya akan memastikan Shuib memberi kerjasama penuh terhadap SPRM bagi membantu siasatan.

Jelasnya, pihaknya kini juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya dari SPRM.

Kisah Shuib ke SPRM mula menjadi tanda tanya selepas Utusan Malaysia melaporkan yang pasangan itu dipanggil SPRM selepas disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram melibatkan perniagaan air minuman mereka.

Tambah laporan itu, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button