Hiburanpilihan

Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki

Penyanyi popular Siti Sarah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang ini.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh pihak Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas yang diberikan.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” ujar kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa dimasukkan ke ICU setelah oksigennya tidak stabil dan terpaksa ditidurkan.

Pada masa sama, penyanyi itu telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya. -SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button