BanjirBencana alamNasional

Kerajaan setuju beri peruntukan RM50 juta kepada Kelantan dan Terengganu

Ini bantuan awal meringankan beban akibat tengkujuh

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta.

“Bantuan ini adalah sebagai pemberian wang ihsan dan perincian adalah seperti berikut:

“RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir (bayaran diberikan kepada KIR),” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika meninjau kawasan terjejas banjir di Bandar Baru Apam Putera, Pasir Mas, Kelantan.

Beliau juga meluangkan masa untuk melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Becana banjir di Kelantan dan Terenggau diberi tumpuan utama dengan meningkatkan pemantauan dan merencana tindakan segera.

Sehubungan sebahagian negara dilanda banjir, sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memaklumkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dibatalkan.

Manakala Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini sedang diteliti bagi mengelak pertindihan tugas dan tanggungjawab. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button