Sukan

Phil Foden wira Man City ketika tewaskan United

Kapten Manchester City, Kyle Walker menyifatkan Phil Foden sebagai penembak tepat selepas dua golnya membantu mereka menang 3-1 ke atas Manchester United.
City yang ketinggalan bangkit membenam Manchester United di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Foden menyamakan gol pembukaan daripada Marcus Rashford dalam separuh masa pertama, 11 minit selepas rehat.
Dia menambah satu lagi penyudahnya pada minit ke-80 sebelum Erling Haaland melengkapkan kemenangan ‘derby’ Manchester pada masa kecederaan.
Mengulas gol Foden, Walker berkata:: “Anda tahu apabila dia menyusup dengan kaki kirinya. Kami menggelarnya penembak tepat kerana dia suka merembat.”
(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button