Pendidikan

Program Sekolah Amanah bantu guru dan anak murid tingkatkan prestasi

Berlangsungnya selama 2 hari (25-26 Oktober)  Persidangan Sekolah Amanah bertempat di Geno Hotel, Subang Jaya, bagi berkongsi pelbagai agenda menarik tentang program ini serta memperlihatkan kejayaan dan impak positif kepada semua peserta persidangan tersebut.

Satu program tranformasi sekolah lestari yang komprehensif bagi menambah baik  bukan hanya guru dan murid bahkan seluruh sekolah juga bertanggungjawab untuk melaksanakan Program Sekolah Amanah ini.

Dalam persidangan tersebut, turut mempamerkan kecemerlangan dan  bakat murid-murid dari SMK Lundu menerusi sesi ‘Perkongsian Amalan Terbaik‘ dan sesi ‘Suara Kami’ pula adalah perkongsian pengalaman oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama, Pn Haniza binti Mohd Jabar@Ibrahim mengikuti program Sekolah Amanah sepanjang 12 tahun diperkenalkan.

Begitu ramai pelajar telah meraihkan kejayaan, sebagai contoh seorang bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu, Kota Tinggi, Johor, Nur Afiq bin Razali, 25, berkongsi pengalaman dari kelas pemulihan akibat masalah pembelajaran sehingga dia berjaya meraih 7A di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan seterusnya 5A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini dikongsi dalam tayangan video bertajuk ‘Sebelum dan Selepas‘ sewaktu Persidangan ini berlangsung.

“Saya tidak tahu membaca sehingga berumur 14, saya dikategorikan sebagai pelajar lemah dan juga tidak berani ke hadapan dan bercampur rakan-rakan.

“Sejak diperkenalkan pelbagai modul bimbingan, saya semakin yakin dan berani bercakap di hadapan kerana program ini mengajar skil dan kepimpinan diri sehingga saya mampu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan” katanya Nur Afiq kini bertugas sebagai Ketua Pengarah Eksekutif bagi Studio Goldenring miliknya di Johor Bahru, yang juga merupakan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tan Seri Datuk Arshad

Sementara itu, Penasihat Yayasan AMIR, Zaida Khalida Shaari yang ditemui di Persidangan tersebut, memberitahu bahawa di Sekolah Amanah, guru memainkan peranan yang penting dalam mengubah murid-murid yang dapat mempamerkan kecemerlangan di masa hadapan. Malah seluruh warga kerja dan ibu bapa para pelajar di Sekolah Amanah juga turut menggalas tanggungjawab dalam mencapai objektif Program Sekolah Amanah ini.

Kemenjadian murid dalam jangka masa lima tahun ini bukan sahaja merangkumi aspek akademik malah kemajuan murid dan sekolah terus berkembang dengan penambahbaikan berterusan berdasarkan keperluan setiap Sekolah Amanah itu sendiri.

“Program Sekolah Amanah merupakan satu program transformasi sekolah yang lestari dan komprehensif bagi menambah baik kemenjadian murid.

“Setiap Sekolah Amanah dibangunkan dengan Student Voice Group (SVG). Menariknya, murid-murid yang tidak berpeluang memegang apa-apa jawatan di sekolah serta bukan pelajar ‘top’ di kelas akhirnya dapat menonjolkan bakat mereka apabila diberi peluang menguruskan aktiviti atau acara tertentu melalui SVG ini’’, jelasnya.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AMIR.

Program Sekolah Amanah di bawah Yayasan Amir diperbadankan oleh Khazanah Nasional Berhad pada 26 Oktober 2010 sebagai Yayasan yang tidak berasaskan keuntungan, untuk memacu Program Sekolah Amanah melalui Usahasama Awam-Swasta atau “Public-Private Partnership” (“PPP”) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”).

Matlamat YA adalah untuk mempertingkatkan prestasi pelajar secara holistik dengan menambah baik pengurusan sekolah, memperbaiki penyampaian Pendidikan serta melibatkan secara aktif pelibatan ibu bapa .

YA juga akan melahirkan rangkaian sekolah Amanah, untuk menggalakkan replikasi dan peningkatan yang berterusan.

Artikle Berkaitan :>

KPM komited tingkatkan kualiti, kesaksamaan, akses pendidikan untuk semua murid – Fadhlina

Hapuskan stigma Politeknik sebagai Institusi Pendidikan Kelas Kedua     

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button