Politik

Menteri Dalam Negeri kena adil kepada semua parti politik – Ibrahim Ali

SEBAGAI Presiden parti Politik Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, beliau diminta untuk mengulas isu campur tangan Menteri Dalam Negeri mengenai Usul Tidak Ada Pemilihan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Mengakui tidak bercadang untuk mencampuri urusan parti lain kerana ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun kecuali ahli-ahli UMNO.

“Tetapi oleh kerana ada menyetuh soal undang-undang dan *rule of law maka amat wajar saya memberi pandangan ringkas dan umum kerana ia membabitkan urusan perjalanan sesebuah parti politik.

“Ini kerana isu-isu seumpama ini mungkin akan berlaku juga pada lain-lain parti masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerana demi kepentingan dua individu pemimpin tertinggi UMNO  telah mengesahkan precedent di mana jika ada mana-mana parti melanggar Peraturan dan Perlembagaan Parti yang disahkan oleh ROS, apakah Menteri Dalam Negeri juga akan memberi pengecualian dengan menguna kuasa Menteri berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966.

“Maka setiap parti politik boleh buat apa saja sesuka hati demi kepentingan diri dan apabila ROS buat keputusan tidak sah maka boleh minta jasa baik kuasa budi bicara Menteri Dalam Negeri.

“Menteri Dalam Negeri kena adil kepada semua parti. Kena walk the talk..Jangan pilih kasih. Inilah reformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),” kata Ibrahim.

Beliau berpendapat, kalau Menteri sudah boleh halalkan yang haram melalui kuasa yang dibenarkan, apakah masa depan untuk rakyat dan negara?

“Ertinya kedaulatan undang-undang sudah di bakul sampahkan begitu saja. Mana dia Prinsip Rukun Negara?

“Rakyat menjangkakan reformasi undang-undang makin telus dan rule of law dijunjung dan tidak dinodai. Rupa-rupanya ayam berkokok tetapi hari tidak siang juga.

“Tanpa kedaulatan undang-undang, negara terdedah kepada undang-undang rimba atau Law of the Jungles!

“Hapraklah nasib rakyat jelata dan beberapa kerat pemimpin terus berseronok mengekalkan kuasa untuk diri sendiri,” ujar beliau.

Beliau berkata, tindakan ini jelas untuk kepentingan seorang dua individu sehingga martabat negara yang berdaulat mengikut undang-undang, dicemari.

“Kerana seekor lembu yang sakit, dilepas bebas dalam kandang menyebabkan sekadang lembu turut sakit. Sama seperti kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Ibrahim juga berkata, belum terlewat untuk Menteri Dalam Negeri menarik balik keputusan kuasa yang diguna dan serah kepada ROS yang bertanggungjawab atas apa jua urusan yang berkaitan dengan apa jua pertubuhan.

“Jika tidak, malu dan penghinaan ini kekal dalam ingatan sepanjang zaman,” katanya. – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button