Politik

Ku Li akan terus beri pandangan, nasihat

TENGKU Razaleigh Hamzah berkata, beliau akan terus memberi nasihat dan pandangan selagi masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat UMNI.

Katanya, pandangan yang beliau berikan itu berkaitan dengan parti demi kebaikan bersama untuk menarik sokongan ahli bawahan secara berterusan.

Beliau berkata, semua pandangan yang dikemukan sama ada membabitkan kepimpinan UMNO atau Kabinet dilakukan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat.

“Saya kena jawab sebab dilantik sebagai penasihat. Kalau  tak nak bagi saya jadi penasihat lagi, saya boleh berhenti nasihatlah.

“Saya tak kritik, saya ulang, saya tak kritik sesiapa. Saya tak campur urusan parti lain, (sebaliknya) saya hanya bagi pandangan kepada ahli UMNO yang menemui saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan dengan ketua dan wakil peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR bagi membincangkan tuntutan ladang sawit selepas tanam semula di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah mendesak pemimpin UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya berundur daripada jawatan masing-masing ekoran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Menurut Tengku Razaleigh, tindakan itu menyebabkan mereka hilang kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam didukung Muafakat Nasional (MN).

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi, beliau hanya menyampaikan pandangan orang bawahan termasuk keresahan mereka apabila melihat menteri yang dilantik daripada kalangan UMNO tidak diberi muka dalam kerajaan PN.

“Apa guna duduk situ. Itu pandangan orang bawah yang saya sampaikan dan ada orang tiada jawatan dalam parti pun, ada kedudukan tinggi.

“Orang kita yang ada pegang jawatan sebagai Naib Presiden dalam parti pun tiada kedudukan (dalam Kabinet), seolah-olah begitulah,” katanya. -SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button